Kerjaya antarabangsa André_Silva

Silva ketika mewakili pasukan kebangsaan Portugal dalam kejohanan Piala Konfederasi 2017.

Silva mewakili Portugall di dalam setiap peringkat umur. Beliau bersama pasukan bawah-20 mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20 2015 dan beliau telah menjaringkan empat gol dalam peringkat kumpulan.[8] Portugal hanya sekadar melangkah ke peringkat suku akhir.[9][10] Dahulunya dalam kejohanan Eropah bawah-19 2014, beliau merupakan pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan (ketika menewaskan Hungary 6–1). Portugal akhirnya menjadi naib juara dalam kejohanan tersebut.[11]

Pada 8 September 2015, dalam kemunculan sulungnya untuk pasukan bawah-21, Silva menjaringkan hatrik dalam masa 19 minit (dalam kedua-dua babak permainan) ketika menentang Albania dalam kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 2017. Beliau menerima panggilan pertama skuad senior oleh ketua jurulatih Fernando Santos pada 26 Ogos.[12] Pada 1 September, beliau beraksi pada babak kedua untuk pasukan senior Portugal dalam perlawanan persahabatan menentang Gibraltar.[13]

Silva mencetak gol sulungnya untuk pasukan kebangsaan Portugal pada 7 Oktober 2016 ketika menewaskan Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.[14] Tiga hari berikut, dalam aksi sama, beliau menjaringkan tiga gol pada babak pertama ketika menewaskan Kepulauan Faroe.

Silva dipilih ke skuad Piala Konfederasi 2017 sekali gus menjadikan kejohanan sulungnya untuk pasukan senior Portugal. Beliau melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan tersebut apabila beliau menggantikan Ricardo Quaresma ketika permainan berbaki lapan minit saat menentang Mexico yang berkesudahan seri 2-2.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan tersebut pada 24 Jun dengan beraksi hingga wisel penamat menentang New Zealand yang berkesudahan Portugal menang 4-0.[16] Dalam perlawanan penentuan temapt ketiga, Silva gagal menyudahkan tendangan penaltinya apabila berjaya diselamatkan oleh Guillermo Ochoa, namun pasukannya akhirnya mengecewakan Mexico 2-1 selepas masa tambahan.[17]

Rujukan

WikiPedia: André_Silva http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/news/newsid=2... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2018/m... http://www.uefa.com/under19/history/season=2014/in... http://www.football-italia.net/109894/andre-silva-... http://www.portugoal.net/selecao/524-andre-silva-a... http://www.fpf.pt/pt/Jogadores/Pesquisar-Jogadores...